Penyanyi dan pelakon Mawi kini sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Makkah.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan Mawi tidak keseorangan tetapi turut serta isterinya Ekin Rahmat dan anak serta adik ipar kembarnya, Aen Rahmat.

Mawi berharap agar umrah yang dijalankan mabrur dan selesai dengan sempurna.

“Moga mabrur semua insyaallah…”tulisnya.

Penyampai radio Zayan itu turut berkongsi foto-foonya ketika berada di tanah suci.

Rata-rata turut mendaoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan Ibadan yang dilakukan diterima Tuhan.

mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 6 tahun.