Laman Utama

“Mohon Doakan..” - Terpaksa Guna Kerusi Roda, Ustaz Kazim Elias Terkena Buatan Orang?

gempak
Azwa Rahman
29/09/2021
12:20 MYT
Sponsor Banner
“Mohon Doakan..” - Terpaksa Guna Kerusi Roda, Ustaz Kazim Elias Terkena Buatan Orang?
Pendakwah bebas terkenal Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya yang tidak dapat berjalan.
Menerusi laman sosial Instagram, Kazim berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.
“Mohon doakan,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi 23 saat itu, Kazim terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan.
Malah menerusi perkongsian video oleh seorang pengikut yang dikenali sebagai Imran Ismail di laman TikTok, menunjukkan Kazim perlu menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
Tidak hanya itu, Imran turut memaklumkan mereka sehingga kini tidak tahu apa penyakit yang menimpa Kazim.
“Kita tak tahu orang buat atau memang penyakit wallahualam hanya Allah yang tahu kebenarannya. Doakan untuk ustaz yer semua,” jelasnya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa agar Kazim diberikan kesembuhan dengan segera.
@Muhamad Fitri:Orang mcm ustaz ni paling banyak ujian di dunia kerana Allah sayang. Bertabah ya ustaz, semoga ustaz kembali sihat.”
@user8960078436924:Ustaz ini yang paling banyak orang dengki, mesti pahala ustaz ni seluas lautan, insyallah reda kerana ALLAH.”
@Achik Jojoy86:Ya ALLAH ya Tuhanku angkat kan penyakit ustaz Kazim Elias semoga disembuhkan ya ALLAH kami berserah kepadamu ya ALLAH urusan-urusan di dunia ni amin.”
@user9880434427057:Kami doakan ustaz sihat selalu dan cepat sembuh supaya dapat perjuangkan dakwah ustaz.. Allah sayang ustaz.”
@Nrmaziah123_:Ya Allah patut laa lama tak tengok ustaz ceramah. Semoga Allah beri kesembuhan kepada ustaz seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan amin.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 800,000 tontonan di laman TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live