Pelakon dan pengacara, Fizo Omar mengulas mengenai hukuman penjara dan denda yang diterima oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Fizo menerusi kemas kini di Instagram berkata, hukuman yang diterima oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu sepatutnya dipandang dari sudut berbeza, bukan memberi reaksi sindiran semata-mata.
“Semalam penuh bersejarah buat negara kita dan juga institusi penghakiman negara apabila bekas Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara. Perdana Menteri yang pertama dalam sejarah dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan.
“Ramai yang memberi reaksi sindiran terutamanya mereka yang mempunyai pendapat politik yang berbeza. Pada saya momen ini adalah bukan untuk diraikan, pandanglah dari sudut yang berbeza di mana ini adalah percaturan yang maha hebat Allah SWT yang saya percaya ada mesej tersirat untuk kita semua,” tulisnya.
Fizo turut berkata, semua rakyat Malaysia berada dibawah undang-undang yang sama dan tidak ada kelebihan berdasarkan jawatan, pangkat mahupun kuasa.
“Soal tentang kebenaran di atas apa yang yang dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebgai rakyat biasa hanya disajikan dengan laporan dari media dan tidak sepatutnya untuk terus menghina dan menghukumnya.
“Beberapa kali saya berpeluang bekerjasama dengan Datuk Seri Najib, terlalu banyak kebaikannya untuk saya ceritakan di sini… dan tidak dinafikan juga, kita rakyat Malaysia dapat menikmatinya sepanjang kepimpinan beliau. Terima kasih saya ucapkan di atas jasa dan pengorbanan Datuk Seri Najib.
“Semoga berlakunya momen bersejarah ini, membuka mata semua pihak dan juga memberi amaran keras kepada ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin kita, bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang undang negara.
“Semoga Datuk Seri Najib dan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan sama-samalah kita doakan hikmah kebaikan di sebalik apa yang berlaku,” tutupnya.
Izwan Isa
Wed Aug 24 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko