Minggu pertama Muzikal Lawak Superstar (MLS) minggu pertama menyaksikan kumpulan TITANS (Ain Edruce, Issey, Ammar) meraih takhta sebagai juara mingguan.

Sebagai hadiah, TITANS diberi peluang untuk memilih giliran persembahan minggu ini.


Manakala kumpulan SEP (Eyya, Pinky ML, Sharul AF), BUNGA (Azmir RL, Caca RL, Leez Rosli) dan WASAP (Wan Gegau, Amir RL, Syura) disenaraikan sebagai bintang ‘bottom 3’.

Selain pengumuman tersebut, terdapat pelbagai lagi momen manis dan lucu yang berlaku sepanjang program bersiaran.

Di sini Gempak kongsikan antara momen menarik sepanjang MLS berlangsung yang mungkin terlepas pandang atau tidak dapat ditonton oleh penonton dirumah.

1. Gandingan Nabil dan Nabila Huda membuatkan suasana di Dewan Sri Putra Bukit Jalil menjadi havoc!

2. Nabil kerap memperbetulkan kesalahan Nabila yang sering menyebut nombor undian tidak tepat. Paling lucu bila Nabil memberikan pandangan tajam seolah-olah putus asa dengan Nabila.

3. “Tolonglah jangan kelakar lebih dari peserta”- Ayat Nabil kepada Nabila ini disambut dengan tawa penonton.

4. Baju Zulin Aziz kelihatan terlalu sendat sehingga membuatkan dia nampak tidak selesa. Zulin juga kerap dilihat menarik-narik dan memperbetulkan tudungnya supaya menutupi bahagian dada.


5. Penonton di dewan juga ada yang menyuarakan rasa kasihan apabila melihat Zulin menyarungkan baju yang agak sendat itu.

6. Kalau nak tahu Nabil juga kerap ketawakan Nabila apabila aktres itu melakukan kesilapan. Semuanya berlaku ketika siaran iklan.

7. Sewaktu kumpulan BOTAK (Achey, Abam, Black) membuat persembahan menggunakan motor berhias, penonton didewan menjerit “motor Shuib! motor Shuib!”

8. Sewaktu siaran iklan, Nabila membuat tredmark ayahnya, Amy Search iaitu ‘pheeeewit!’.

9. Nabila juga mengusik gaya bapanya: “Sampai sekarang tak faham kenapa menyanyi nak kena mic dekat bahu,” Aduh Abil ni mcam-macam hal lah! Lawak betul kan?

10. Sewaktu iklan, Nabil dan Nabila juga sempat makan durian sebelum beralih ke belakang pentas.

11. Selepas persembahan kumpulan UNI, Nabil sempat menyanyikan lagu Kill This Love nyanyian asal kumpulan K-Pop popular Blackpink namun liriknya ditukar kepada “Let’s milk this cow, yeyeyeyeye,”

MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.