Skip to main content

Trend Pasaran

"Momen Paling Berharga" - Tun M Luang Masa Lawat Ainul Mardhiah

untitled-design-2019-06-18t154746-201.jpg
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkesempatan meluangkan masa menziarahi adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani penbedahan membuang ketumbuhan di dalam mulutnya.
 
Momen bersama Tun M itu dikongsi oleh ibu Ainul, Nurul Erwani, 24, di ruangan Instagramnya. 
 
“Momen paling berharga”, tulis Erwani di ruangan kapsyen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on


Ibu bapa Ainul sempat meluangkan masa bersama Tun M dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali semasa rumah terbuka Aidilfitri Malaysia di Templewood Gardens.
 
Sebuah video berdurasi 28 saat yang dimuat naik oleh Twitter rasmi Tun M, @chedetofficial juga tular di media sosial menunjukkan detik-detik pertemuan Tun M bersama bayi sembilan bulan itu.  Pertemuan itu turut diiringi pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan doktor yang terlibat dalam merawat Ainul Mardhiah.
 

Advertisement

Must-Watch Video