Laman Utama

“Mommy Ada Geng..” - Jantung Pisang & Ikan Goreng, Anak Yana Samsudin Gemar Makan Lauk Kampung

gempak
Azwa Rahman
28/06/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
“Mommy Ada Geng..” - Jantung Pisang & Ikan Goreng, Anak Yana Samsudin Gemar Makan Lauk Kampung
Aktres cantik Yana Samsudin mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan anak lelakinya, Aisy Mateen, yang gemar menikmati lauk-pauk kampung.
Menerusi laman sosial Instagram, Yana, 36, berkongsi sekeping foto Aisy, 4, yang berselera menikmati lauk jantung pisang tumis untuk tatapan umum.
“Mommy rasa tersangat comel bila budak 4 tahun lebih makan lauk kampung. Geram betul, rasa nak cubit pipi tu.
“Nasib mommy ada geng suka lauk kampung yeay! Jemput makan semua,” tulis Yana di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Aisy juga berselera apabila diberikan lauk tauhu dan ikan goreng bersama jantung pisang untuk dinikmati.
Sementara itu di ruangan komen, aksi Aisy itu mendapat pujian wargamaya apabila rata-ratanya kagum melihat seorang kanak-kanak tidak memilih lauk dan gemarkan hidangan seperti orang dewasa.
“Hehe bagusnya kecik-kecik dah pandai makan lauk kampung. Pandai Mateen,” kata seorang wargamaya.
“Anak perempuan kami 2 tahun, semua dia makan. Sayur, ulam, petai, kaki ayam. Memang penggemar lauk kampung,” kongsi seorang wargamaya.
“Hebatlah Mateen ni. Budak cerdik memang macam ni,” puji seorang wargamaya.
“Dengar lauk kampung ni menjadi nak menambah nasi je ni,” usik seorang wargamaya.
“Yeke Yana? Budak bucuk Mateen ni pandai makan lauk kampung. Budak bertuah,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 7,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari, 37, pada 13 Februari 2015.
Pasangan ini dikurniakan dia cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea, 6 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live