Skip to main content

Berita Tempatan

"Mommy Dapat Birthday Present Yang..." - Ibu Shaheizy Sam Kongsi Tarikh Lahir Dengan Cucu

sam-kathybefunky-collage.jpg
Pelakon Shaheizy Sam meluahkan rasa gembira kerana anak keduanya dilahirkan sama tarikh dengan hari lahir ibu, pelakon senior Khaty Fauziah.

Perkara itu dikongsi Sam menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Happy birthday Mommy, Mommy dapat birthday present yang tiada dijual lah hari ini.

"Mommy and baby girl share the same birthday, lepas ni kena beli dua hadiah, masak aku," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.
 

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016, mereka menyambut kehadiran anak pertama mereka Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement