Laman Utama
Momo Geisha Lahirkan Anak Lelaki, Suami Buatkan Stadium Sebab Terlalu Gembira!
Vokalis Geisha, Momo memang diketahui telah berkahwin dengan seorang usahawan kaya raya dari Malang, Nicola Reza Samudra pada tahun 2017.
Setelah memiliki seorang anak perempuan, kini pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi lelaki yang lahir pada 15 Disember 2020. Mereka memanggil anak lelaki dengan nama sebenar Abercio Mikaelmoza Samudra memasuki usia dua bulan ini dengan panggilan Baby Abe.
Oleh kerana terlalu gembira dikurniakan anak lelaki, Nicola telah membina sebuah stadium khas buat anaknya itu! Ya, stadium bola sepak guys!
Kisah Nicola kini giat membina stadium bola sepak buat anaknya itu diketahui selepas Momo berkongsi di YouTube miliknya, selain mengemas kini sedikit info dalam akaun Instagramnya, beberapa hari lalu.
Dalam kemas kini di Instagram, Momo terlihat melawat tapak stadium yang sedang dalam pembinaan.
Menurut Momo, sebagai seorang peminat bola sepak yang tegar, suaminya tidak kisah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membina stadium bola sepak buat anak lelaki mereka.
"Kita sedang prepare stadium bola sepak yang nanti akan dinamakan Abe Stadion (Abe Stadium). Ini hobi papanya dan saya bersyukur. Akhirnya kami diberi anugerah seorang anak lelaki yang telah lama kami impikan," cerita Momo.
Di video tersebut, Momo juga menyatakan selain menjadi stadium bola sepak, tapak ini juga akan menjadi lokasi suaminya berolahraga.
"Bapanya (suami), pun ada kelab futsal. Namanya Unggul FC jadi nanti akan ada Unggul Sport Center bersamanya ada juga Abe Stadion," jelasnya lagi.
Lebih mengagumkan, Momo mendakwa rumput yang ditanam di stadium tersebut sama taraf dengan FIFA.
"Ini asalnya adalah rumput tanah. Jadi sekarang progresnya sudah banyak diganti dengan rumput sintetis.
"Dan rumputnya diganti dengan rumput kelas FIFA ya," kata Momo.
Instagram: @therealmomogeisha
Must-Watch Video