,
Laman Utama

Mona Allen Mengaku Rumah Tangga Dengan Pekin Terganggu!

Fiza Kamarudin
24/03/2021
08:45 MYT
Pelakon Mona Allen yang juga isteri kepada aktor Pekin Ibrahim mengakui rumah tangga mereka terganggu kerana seorang wanita bernama Salina.
Mona ketika ditemui Gempak berkata, dia dan Pekin tidak bertegur sapa seperti kebiasaan walaupun mereka tinggal sebumbung.
“Memang Salina memberi kesan kepada hubungan kami suami isteri. Saya dan Pekin tidak bercakap walaupun kami tinggal serumah.
“Malah selama 22 hari Pekin terpaksa tidur di luar. Tak tahulah sebab merajuk atau memang dia sengaja nak biarkan saya tidur seorang diri,” katanya yang mengakui terbawa-bawa watak Salina sehingga ke luar set penggambaran.
Kata Mona lagi melakonkan watak Salina dalam filem bergenre Psychological Thriller berjudul Salina merupakan percubaan pertamanya.
Tambahnya, peranan tersebut sangat mencabar kerana selain memegang watak berat dia juga terpaksa berlakon dengan suami sendiri.
“Tak mudah berlakon dengan suami sendiri. Tambah-tambah lagi dia pun pelakon juga. Jadinya dua-dua tidak boleh ditegur.
“Dua-dua pun rasa ada kelebihan masing-masing, jadi bila salah seorang tegur yang seorang lagi akan terasa,” katanya ketawa.
Sementara itu bagi Pekin pula, walaupun pelbagai cabaran ditempuhi dalam rumah tangganya dan Mona sepanjang penggambaran Salina namun berjaya mengatasinya.
“Mula-mula saya ingat senang kalau berlakon sekali dengan isteri ni…Rupanya tidak. Tapi bagi saya ia satu proses yang bagus kerana sekurang-kurangnya dia (Mona) dapat menjiwai watak dengan baik.
“Di set saya terpaksa ‘bincang tepi’ dengan pengarah Raja Muhkriz sebab kalau nak tegur sendiri karang bini kecil hati.
“Cukuplah 22 hari tidur luar. Alhamdulillah lah saya boleh handle masalah yang timbul dalam rumah tangga kami sepanjang tempoh tu.
“Bayangkanlah dalam kereta duduk sebelah menyebelah tetapi tak bercakap sampai la ke tempat penggambaran.
“Tapi jangan risau, sekarang ni semua dah kembali normal,” katanya.
Pekin dan Mona ditemui ketika majlis pra tonton filem tersebut di e@curve pada malam Selasa.
Filem arahan Raja Mukhriz ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Mac 2021.
Selain Pekin dan Mona, turut membintangi filem Salina ialah peragawati popular Alicia Amin dan Sharifah Shahora.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Unitar