Kumpulan rock popular Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu To Be With You bakal mengadakan konsert Mr. Big Live In Malaysia 2017 pada 14 Oktober ini.
Bakal menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur konsert anjuran Plan 7 Production itu dijangka bermula pada jam 8 malam.
Tujuan konsert tersebut diadakan adalah sebagai tanda menyokong album terbaharu mereka yang berjudul “Defying Gravity”.
Menariknya pada malam konsert itu nanti, peminat akan dibawa melayan lagu-lagu klasik termasuk daripada album baharu mereka.
Diasaskan pada tahun 1988, Mr. Big telah meninggalkan kesan dalam sejarah muzik apabila lagu hit To Be With You berjaya membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan memperoleh jualan rekod platinum yang paling tinggi.
Mr. Big masih aktif dan popular sepanjang zaman, walaupun trend muzik yang sentiasa berubah mengikut aliran muzik semasa.
Ahli-ahli semasa yang juga ahli-ahli asal Mr. Big terdiri daripada Eric Martin sebagai vokalis, Billy Sheehan sebagai pemain bass, Paul Gilbert sebagai pemain gitar dan Pat Torpey sebagai pemain dram.
Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2002, namun disatukan semula pada tahun 2009 atas permintaan peminat dan mereka terus memperjuangkan lagu-lagu rock.
Setakat ini, Mr. Big telah mengeluarkan sebanyak 9 album studio.
Menggabungkan gaya muzik shredding bersama harmoni vokal yang hebat, Mr. Big telah mengubah pelbagai lagu hit seperti Alive and Kicking dan Just Take My Heart yang merangkumi genre rock yang lain seperti balad, metal dan blues rock.
Tiket untuk menyaksikan Mr. Big Live in Malaysia 2017 berharga RM568 (VVIP), RM468 (VIP), RM328 (PS1) dan RM188 (PS2).
Semua kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk bernombor kecuali PS2 adalah tempat duduk bebas. Semua harga tiket termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.
Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811.
Tiket VVIP hanya boleh didapati secara eksklusif melalui pihak penganjur Plan 7 Production dengan menghubungi +6012 974 1011 atau melayari www.facebook.com/Plan7Production.
Mr. Big Live in Malaysia 2017 turut membawakan Mega Ultimate sebagai Pengurus Acara, Double Tree Hotel sebagai Hotel Rasmi, Astro Circle sebagai Rakan Kesetiaan dan Penghargaan Istimewa kepada Mega Music World.
Fiza Kamarudin
Wed Sep 06 2017
Sheriff: Kini Filem No. 1 Di Malaysia Pada 2024, Sheriff Raih RM31 Juta Sejak Ditayangkan!
Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Sheriff: Narko Integriti terus mencatat kecemerlangan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM31 juta sepanjangan tayangan, sekali gus muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain.
Danial scam Isteri | YES TUAN EP 4
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pihak Polis Siasat Isu Paku Dipacakkan Di Bahu Jalan
Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes.
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Bestnya Melbourne!
“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.
Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Lama mengunci mulut walaupun namanya hangat diperkatakan sejak ditangkap khalwat bersama suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, aktres sensasi, Ruhainies tampil memberikan penjelasan.
Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.
Sheriff: 9 Hari Tayangan, Kaut RM28 Juta! Siap Ada Yang Repeat, Tak Bosan Tonton Beberapa Kali
Cayalah Sheriff!
Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz
Siapa Sarah Yasmine? Betul ke dia merupakan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Alif Aziz?