Beberapa keping gambar Instagram Story daripada Instagram rasmi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim mula tular sejak semalam.

Tunku Idris memberi gambaran mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Gambar dalam versi hitam dan putih itu memaparkan Tunku Idris berpakaian rasmi diraja berserta kapsyen “I am running #PRU-15” (Saya bertanding PRU-15).



Satu lagi gambar disertakan dengan keterangan undian pilihan antara Parlimen Muar atau Mersing.

Jumlah peratusan undian pula menunjukkan Muar adalah 75 peratus, sementara di Mersing 25 peratus, seperti dilapor Sin Chew Daily.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Istana Johor yang mengesahkan perkara itu dikeluarkan.

Ramai netizen bersetuju dan menyokong berita baik ini jika benar Tunku Idris mahu bertanding untuk PRU akan datang.

@sfaznel: Run it! Muar for Idris.

@mastura.jaafar: Syabas Tuanku – roll up your sleeves and immersed youself with the rakyat, they already love you.

@mohd_fariq85: Kami di belakang Tunku.

@saifulnang: Good to see you if you jump into politics. Dance on the same flor, deal with the same troubles, fight with the same weapon. Fair play.

@zalehaajmain: Kami bangsa Johor sentiasa sokong Tunku.


Sumber gambar: Instagram @tunku_idris