gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Michael Ang Tempelak Pasangan Dedah Aib Rumah Tangga Secara Live - “Dah Gila Agaknya…”
KELUANG MAN
Ramai Teruja Imbau Nostalgia Keluang Man, ‘Wonda Kopi Kluang’ Terjual 2.5 Juta Tin Dalam Masa 8 Bulan
VIRAL
Tidak Melatah! Abang Siti Jamumall Perjelas Kontroversi ‘Main’ Dengan Aiman Tak Kesah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Muat Naik Foto Bogel Di Instagram, Peminat Risau Kesihatan Mental Britney Spears

gempak
Azwa Rahman
10/05/2022
22:27 MYT
Sponsor Banner
Muat Naik Foto Bogel Di Instagram, Peminat Risau Kesihatan Mental Britney Spears
Penyanyi Britney Spears mencuri perhatian peminat apabila memuat naik beberapa keping foto bogelnya di akaun Instagram miliknya.
Tindakan pelantun lagu hit Toxic itu mencetuskan kebimbangan ramai yang rata-ratanya mempersoalkan perkongsian tersebut untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian tersebut, Britney atau nama sebenarnya Britney Jean Spears, 41, mempamerkan keseluruhan badannya dan hanya menutup payudaranya dengan tangan serta meletakkan emoji hati di bahagian sulitnya.
Menurut Spears, foto tersebut diambil sewaktu bercuti di negara Mexico sebelum dirinya disahkan hamil.
“Gambar-gambar tempoh hari ketika di Mexico sebelum ada bayi dalam perut saya.
“Kenapa pula saya kelihatan 10 tahun lebih muda sewaktu bercuti?,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi membimbangkan daripada peminat kerana rata-ratanya menyifatkan kesihatan mental Spears semakin merudum.
“Oh no, kenapa? Anda tak perlu buat begitu,” tulis seorang wargamaya.
“Britney, awak masih boleh padam gambar ini,” ujar seorang wargamaya.
“Sedih, Britney perlukan bantuan. Kecewa melihat ada peminat yang memberikan komen positif dan menggalakkan hantaran ini,” komen seorang wargamaya.
“Ini perbuatan gila,” tegur seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Spears pernah beberapa kali berdepan masalah tekanan jiwa iaitu pada tahun 2007 dan 2019.
Terdahulu, Spears mengumumkan dia hamil hasil hubungan bersama tunangnya, Sam Asghari.
Hasil perkahwinan terdahulu, Spears mempunyai dua cahaya mata bersama bekas suami Kevin Federline.
Topic Berkaitan
#Britney Spears
#Gambar Bogel
#Britney bogel
Must-Watch Video