Pelakon dan pelawak Saiful Apek mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik foto berbaju Melayu putih bersama Sabrina Ali Khan.

Malah, Saiful turut menulis kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai seakan-akan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita itu.

"Syukur Alhamdulillah, selesai sudah," tulisnya.



Sabrina yang pernah popular menerusi drama Gerak Khas itu turut berkongsi foto sama di Instagramnya.

"Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. Selesai sudah," tulisnya.



Perkongsian foto-foto terbabit dihujani dengan ucapan tahniah selain ada yang turut berspekulasi pasangan itu hanya digandingkan untuk berlakon bersama.

Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari Saiful dan Sabrina.

Instagram: @saifulapek, @sabrina_ali_dad_khan