Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Masya Masyitah kerap meniti di bibir netizen. Hal ini disebabkan cara pemakaian penyanyi lagu Halimunan itu yang dianggap kurang bertepatan dengan imej muslimah yang ditampilkan sebelum ini.

Menerusi muat naik gambar terbaharu, Masya sekali lagi menerima kritikan daripada netizen gara-gara pakaian sukan yang disarungkan ketika bermain badminton.



“Makin pelik cara pemakaian.”

“Akak maaf andai terkasar bahasa kalau menegur tapi saya harap akak faham yang pakai seorang muslimah itu pakaian yang boleh dibawa solat jadi saya yakin akak faham.”

“Dulu suka tengok dia, sopan pemakaian, sekarang tahu lah kenapa dah lain. Tak apalah doa baik-baik jelah."

"Sebelum famous bertutup elok lepas famous hmmm."

Sungguhpun dihujani dengan kritikan daripada pengguna media sosial, Masya tidak melatah dan tidak melayani sebarang komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, Masya dikritik kerana mengenakan seluar ketat yang menampakkan pahanya.

BACA: Hati Masya Tetap 'Keras' Biarkan Netizen Komen Negatif Imej Stokin Jarang - "Aku Perasan Dia Ini Memang..."

BACA: [VIDEO] Makan Sotong, Udang Mentah, Masya Masyitah Dikecam - "Kejamnya... Halal Ke Makan Hidup-Hidup?"