Gaya Hidup
Muat Naik IG Story Beritahu Tertidur Ketika Bawa Motosikal, Penuntut UPM Temui Ajal Selepas Alami Microsleep
Seorang pemuda yang dikenali sebagai Amin Faiz Nohani menemui ajalnya apabila mengalami microsleep dan terlibat dalam kemalangan jam 3 petang semalam.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang sahabatnya, Fazli berkongsi berita duka itu untuk memohon orang ramai sedekahkan Al-Fatihah buat Amin.
“Aminnnn.. sedekahkan alfatihah utk kawan saya geng. Arwah baru sahaja meninggal 3 petang tadi,” tulis Fazli.
Difahamkan Amin mengalami kemalangan maut semasa dalam perjalanan dari Kluang, Johor menuju ke Universiti Putra Malaysia sebelum motosikalnya terbabas di Linggi, Negeri Sembilan.amin ???sedekahkan alfatihah utk kawan sye geng??? arwah baru shj meninggal 3 petang tadi pic.twitter.com/XPH0KdpKEb— PROFESSIONAL TUTOR (@FazliRashid97) June 28, 2020
Menerusi perkongsian Fazli, Amin yang berhenti di bawah jambatan sempat memuat naik IG story beberapa jam sebelum kejadian berlaku memaklumkan dia mengalami microsleep dan tertidur beberapa kali semasa menunggang motosikal.
“Tolong, tolong saya tak nak microsleep, dua kali dah berhenti sebab tertidur atas motor,” tulis arwah buat kali terakhir.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya bersedih dan terkesan dengan kejadian yang menimpa Amin.
Malah, ramai yang turut berkongsi pengalaman microsleep yang dialami sehingga menyebabkan kemalangan.
“Pernah juga rasa microsleep ni. Time tu memandu di highway jam 1 pagi. Selalu malam tak banyak kereta jadi amik lane tengah. Sedar-sedar dah dekat lane tepi. Terus berhenti dekat R&R untuk tido kejap. Microsleep ni mmg tak boleh control. Baik tidur sekejap kalau dah rasa mengantuk sangat,” tulis seorang wargamaya.
“Linggi tu kawasan angin lintang. Situ ada R&R patut dia rehat, tidur cukup cukup dulu. Microsleep memang membunuh,” tegur seorang wargamaya.
“Innalillah, benda ni pernah jadi pada saya masa 2018, tiga bulan lepas melahirkan anak. Kemalangan langgar lori, kereta total lost alhamdulillah tiada apa yang serius. Untuk orang luar, tolong jangan salahkan pemandu sebab benda ni memang jadi dalam tak sedar,” luah seorang wargamaya.
“Microsleep ni kau bukaklah radio kuat-kuat ke apa, kalau dia nak jadi dia jadi. Dekat 8 kali microsleep masa dari UIA ke kajang haritu, kalau kemalangan dahla takde lesen,” ujar seorang wargamaya.
“Aku pernah tengah bawak motor sambil menyanyi happy gila-gila tiba-tiba mata terpadam dan terbabas accident ke tepi. Alhamdulillah Allah masih bagi peluang hidup,” kata seorang wargamaya lagi.
Microsleep merupakan keadaan tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku dalam tempoh beberapa saat. Ia terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang dalam keadaan mengantuk cuba melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.
Kebiasaannya individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur.
Gempak ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Amin Faiz. Semoga anda yang memandu lebih berhati-hati dan dapatkan rehat yang secukupnya jika berdepan microsleep.
Must-Watch Video