Laman Utama
Muat Turun Aplikasi Lotus’s Anda Sekarang & Nikmati Lima Faedah Utama Ini!
Membeli barangan keperluan hari ini semudah di hujung jari sahaja. Tambahan pula dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat, ramai yang takut untuk keluar berhimpit di tempat sesak seperti di pasar raya.
Namun di Lotus’s, pengalaman membeli-belah barangan keperluan cukup mudah. Tambahan pula, dengan adanya keahlian My Lotus’s yang menggantikan Clubcard, anda boleh nikmati pelbagai faedah dalam satu aplikasi sahaja.
Faedah-faedah yang ditawarkan dengan aplikasi Lotus’s:
1. Beli belah secara dalam talian dan nikmati ganjaran dalam satu aplikasi.
2. Aplikasi yang mesra pengguna terutamanya buat mereka yang pertama kali mendaftar. Hanya perlu daftar menggunakan nombor telefon sahaja.
3. Mudah untuk anda mengumpul mata ganjaran sama ada di pasar raya atau dengan pembelian atas talian.
4. Dapat diskaun dengan segera di kaunter pembayaran ataupun di pembayaran dalam talian dengan menebus mata ganjaran yang diperolehi.
5. Nikmati harga eksklusif, kupon jimat dan promosi hebat hanya untuk ahli tidak kira di pasar raya mahupun secara dalam talian.
Bagaimana nak mendaftar menjadi ahli My Lotus’s? Caranya mudah sahaja!
Jika anda ialah ahli Clubcard sedia ada, anda hanya perlu log masuk ke aplikasi Lotus’s dengan nombor telefon anda atau jika anda ahli baru, pendaftarannya cukup mudah dan menyenangkan.
Dah jadi ahli My Lotus’s, kini tiba masanya untuk anda menikmati pelbagai faedah-faedah yang dinyatakan di atas. Siapa tak mahu harga eksklusif, mata yang ganjaran yang senang diperoleh serta tebus mata ganjaran dengan mudah. Segalanya menanti anda.
Must-Watch Video