Gaya Hidup
Mudahnya Cari Makanan Halal Di Brisbane, Ini 6 Restoran Yang Anda Harus Cari!
Negara Australia sangat popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Selain Perth, Sydney dan Melbourne, anda patut beri perhatian pada Brisbane.
Selain tempat-tempat lawatan yang menarik dan orang tempatannya yang peramah, salah satu tarikan terkini di Brisbane adalah makanan halal.
Gempak senaraikan enam restoran halal yang anda boleh pergi, pasti ia menjanjikan pengalaman percutian yang indah buat anda.
1. Mado Restaurant
Restoran Turki ini terletak bertentangan dengan Sungai Brisbane.
Pernah dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik Australia pada 2013, anda harus cuba menu popular di sini, kambing panggang.
2. The Plaza Food Court
Satu jam perjalanan dari Brisband, restoran ini erletak di Seaworld Gold Coast.
Menyediakan makanan halal barat, antara menu yang anda patut cuba adalah burger ayam dan fish and chips.
Istimewanya lagi lokasi ini, ia turut menyediakan ruangan solat untuk pengunjung lelaki dan wanita lengkap dengan pintu masuk yang berbeza.
3. Mecca Bah
Restoran keluarga Maghribi ini terletak di Bandar Fortitude Valley.
Sarat dihiasi dengan elemen kontemporari dan elegan dari Timur Tengah, pastikan anda memesan daging kambing di restoran ini.
Daging kambingnya yang lembut dan berjus pasti membuatkan anda teringat-ingat bila pulang ke Malaysia.
4. Jakarta Indonesian
Mendengar nama restorannya sahaja, pasti anda tahu restoran ini berasal dari mana.
Kalau rindukan masakan Nusantara, anda wajib singgah restoran ini.
Cuba pesan gado-gado ataupun ayam rica-rica, itulah dua menu popular yang sering menjadi tumpuan.
Jika anda merancang untuk ke sini, anda digalakkan untuk membuat tempahan awal kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pengunjung.
5. Shiraz Autenthic Persian Restaurant
Kalau ke restoran Parsi, rugi kalau anda tidak mencuba kebab. Datanglah ke restoran ini dan nikmati sendiri keenakan roti dan daging kebab di sini.
Walaupun restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung, jangan risau kerana terdapat ruangan luas yang dihiasi perabut kayu antik.
6. Eat Street Northshore
Tempat lepak yang santai untuk anda penggemar makanan jalanan, restoran ini sesuai untuk anda.
Sambil menikmati makanan, anda akan dihiburkan dengan persembahan live band.
Wajib singgah ke restoran pencuci mulut Miss Cluade’s Crepes untuk manisan yang menyelerakan!
Tertarik dengan pilihan restoran yang ada? Inilah masanya anda masukkan Brisbane ke dalam senarai bucket list wajib pergi.
Malaysia Airlines menawarkan penerbangan terus ke Brisbane pada setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu bermula dari harga RM1,399.
Nak tahu apa lagi yang best di Brisbane? Tonton video ini dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tempeh tiket penerbangan anda sekarang!
Must-Watch Video