,
Berita

Mufti Perlis Beraksi Di Pentas Teater Istana Budaya Buat Julung Kali!

ZULHILMI JALIL
29/01/2020
08:01 MYT
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin bakal tampil buat julung kalinya beraksi di pentas berprestij Istana Budaya, Kuala Lumpur menerusi penglibatannya dalam teater berjudul Korupsi Dewan Semandung.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza berkata, dia bersetuju untuk terlibat dalam pementasan teater itu kerana tertarik dengan judul naskhah tersebut
"Saya tidak tahu sejauh mana peranan saya dalam teater ini, namun yang saya tahu, saya mesti menyumbang sesuatu dalam dunia (seni) ini. Tak adalah sampai nak jadi pelakon.
"Saya tak tahu jalan ceritanya lagi, cuma saya tertarik dengan perkataan korupsi. Itu yang saya rasa boleh (lakukan), lagipun itulah topik yang selalu saya sampaikan.
"Cuma saya tak tahu korupsi tentang apa kerana perkataan itu mempunyai interpretasi yang luas," katanya pada sidang media teater Korupsi Dewan Semandung yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur hari ini.
Teater yang bakal diarahkan oleh pengarah Khir Rahman itu diterbitkan Ogy Ventures & Network Sdn. Bhd yang merupakan syarikat produksi aktres terkenal, Fauziah Ahmad Daud.
Jelas Dr. Maza lagi, beliau tidak mempunyai masalah untuk terlibat dalam pementasan teater tersebut memandangkan dirinya perlu memegang watak sebagai diri sendiri sahaja.
"Saya diberitahu perlu jadi diri sendiri, maksudnya peranan yang biasa saya lakukan iaitu memberi pandangan, macam kerja hari-hari.
"Kalau saya tengok ada mesej yang bagus untuk saya sampaikan kepada khalayak itu satu penglibatan yang bagus. Ini satu pengalaman baru untuk terlibat dengan artis," ujar beliau.
Antara pelakon lain yang bakal membintangi teater itu nanti ialah barisan pelawak Vicha, Tauke, Abam Bocey, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat, Tapai dan Chiwan serta pelakon baharu, Hanna Halim.
Teater yang mengangkat genre komedi seram itu akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Februari depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ogy Tiada Niat Aibkan Sesiapa Dalam Teater Di Sebalik Topeng, Hanya Usik-Usik! - "Ia Realiti Sekarang"

gempak
19/10/2024
06:16 MYT
Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) Di Melaka & Johor Mungkin Terpaksa Digugurkan

gempak
28/09/2024
14:58 MYT
Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) oleh Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) yang dijadualkan berlangsung di Johor dan Melaka mungkin terpaksa digugurkan susulan kurang penajaan dari segi kewangan.
Hiburan

“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

gempak
01/09/2024
08:50 MYT
Pelakon, Keith Foo menyatakan rasa bangga selepas melihat lakonan kekasihnya, aktres Riena Diana di pementasan teater Anda Bertandak baru-baru ini.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
BorakSeeni