Laman Utama

“Muka Gersang Minta Maki” - Trend TikTok Menari Lagu Nirmala Sambil Tayang Muka Ghairah Dikecam

gempak
Izwan Isa
12/10/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Muka Gersang Minta Maki” - Trend TikTok Menari Lagu Nirmala Sambil Tayang Muka Ghairah Dikecam
Lagu Nirmala merupakan antara lagu ikonik yang pernah dirakam dan diluncurkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Lagu yang dimuatkan dalam album Sahmura itu tidak hanya popular di Malaysia, malah negara seberang Indonesia dan juga Singapura.
Masih kerap distrim khususnya oleh peminat, lagu hasil ciptaan Allahyarham Pak Ngah itu juga trending di platform perkongsian video TikTok. Namun, lagu berkenaan popular di platform TikTok disebabkan oleh hal yang berbeza.
Menerusi video-video yang dimuat naik menggunakan lagu Nirmala, pengguna TikTok menunjukkan mimik muka dan tarian mengghairahkan, tidak sepadan dengan bait-bait lirik bermaksud baik hasil tulisan Che’Kem itu.
Melihat ia sebagai satu hal yang tidak elok, anak kepada Allahyarham Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz mengkritik tindakan pengguna media sosial yang tergamak melakukan trend tersebut, terutama dalam kalangan pengguna wanita.
@zhiddinazizz
♬ original sound - zhiddinaziz
“Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, Nirmala bermaksud tidak ternoda, suci. Tapi apa yang kelihatan dengan trend ni. Trend buat muka gersang mintak maki.
“Lagu ini berkenaan Saidatina Aisyah difitnah berdua-duaan dengan Safwan, sahabat Rasulullah. Lirik tangis bagai gerimis, Aisyah menangis kerana difitnah. ‘Hati bak tasik pedih’, Aisyah menyembunyikan tangisan kelihatan seperti air tasik yang tenang,” katanya.
Selain itu, lirik seterusnya yang membawa maksud adalah, ‘cuba cari hakikat temukan azimat’ bermaksud, Aisyah bertunjangkan agama dan bertemu dengan kekuatan dan kerana peristiwa tersebut Rasulullah buntu panggil Usamah dan Ali. Namun masih belum menemui penyelesaian.
“Akhirnya turun wahyu dari Tuhan. Ayat Al-Quran turun nafikan segala adu domba. Melalui surah An-Nur ayat 11, ‘Sesungguhnya orang yang bawa berita dusta itu ialah dari kalangan kamu.’ Itu la maksud sebenar sebalik lagu Nirmala.
“Bila tengok orang buat trend muka gersang atas kisah isteri Rasulullah, Aisyah difitnah. Saya rasa sedih sangat. Minum terasa duri, makan terasa sekam apabila memikirkan,” katanya.
BACA: Buat Hal Lagi, Iqram Dinzly Tampil Ghairah Dengan Hanya Bertuala?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024