Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui lebih memandang pada harta berbanding rupa apabila berbicara tentang memilih pasangan.
Menerusi episod empat Borak Kelamin yang bakal ditayangkan pada 9 malam ini, Ain berkongsi sama ada perkahwinan itu patut berlandaskan pada rupa atau harta.
Jelas Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, dengan situasi pandemik sekarang, penting untuk seorang wanita memilih bakal suami yang mempunyai asas kewangan yang kukuh.
“Dulu-dulu rancang selepas kahwin nak jadi suri rumah je sebab mak saya suri rumah. Jadi mindset dah tetapkan nak cari suami kaya. Kemudian bila bercinta tak jadi, buat saya masuk dalam industri seni tanah air untuk cari duit sendiri.
“Contoh sekarang dengan tempok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengandung lagi…Saya bila mengandung memang tak ambil kerja. Jadi kalau suami sendiri tak kukuh dari segi kewangan, saya pun tak tahu nak survive macam mana,” ujarnya.
Episod pada malam ini turut disertai pakar motivasi wanita Dr. Robiah K. Hamzah untuk mengupas sejauh mana status kewangan, tanggungjawab dan rupa paras membawa kepada kebahagiaan atau keruntuhan rumah tangga.
“Kewangan merupakan salah satu punca terbesar dalam penceraian pasangan berkahwin kini. Waktu pandemik ni, pasangan yang datang nak bercerai tu tak berhenti dan mereka banyak terdiri daripada golongan berpendidikan,” kata Dr. Robiah.
Tambah Ain lagi, ada wargamaya yang membandingkan rupa paras dia dan suami, pernah membuatkan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa berkecil hati.
“Suami saya Amirul sejujurnya mestilah terasa bila orang bandingkan rupa kami tapi saya tak pernah tanya dia. Saya hanya pesan kat dia, biasalah netizen ni mulut diorang main cakap je. Kita tak tahu muka diorang macam mana. Yang menaip tu, muka dia macam mana.
“Yang paling penting, saya bukan jenis tengok rupa. Muka handsome tak boleh beli Ferrari pun. Sebagai perempuan, lelaki yang ada kewangan yang kukuh sangat penting. Saya rasa harta tu bonus,” jelasnya lagi.
Jika ingin tahu manakah yang lebih penting, harta atau rupa, tonton Borak Kelamin yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul pada 13 Disember 2019 dan kini sedang sarat hamil tujuh bulan.
Azwa Rahman
Mon Mar 22 2021
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev