Laman Utama

“Muka Macam Daddy Lah Ibu, Special Sangat Hadiah Ibu” - Shuib Dapat Jumpa Ayash Affan 3 Jam

gempak
Mya Amri
13/09/2021
09:15 MYT
Sponsor Banner
“Muka Macam Daddy Lah Ibu, Special Sangat Hadiah Ibu” - Shuib Dapat Jumpa Ayash Affan 3 Jam
Pelawak dan pelakon, Shuib meluahkan rasa syukur dapat bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan.
Menerusi perkongsian ruangan Insta Story miliknya, Shuib memaklumkan dapat meluangkan masa selama tiga jam bersama Ayash sebentar tadi.
Lebih menyentuh hati apabila coretan Shuib mengungkapkan kata-kata rindu buat Siti Sarah Raissuddin dan berterima kasih dengan hadiah istimewa terkahir yang diberikan oleh arwah isteri kesayangannya.
“Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg.
“Menyusu kuat dan comel sangat-sangat! Muka macam daddy lah ibu, memang istimewa sangat hadiah dari ibu.
“Allahuakhbar, I wish you are here sayang… I love you,” coretnya.
Sebelum ini, Shuib memaklumkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan cahaya mata terakhirnya bersama Sarah.
Terdahulu, sebulan lalu Shuib kehilangan isteri tercintanya, penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas ditidurkan dan selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.
Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024