Berita

“Mula- Mula Kahwin Memang Semuanya Indah, Tapi...” - Diana Danielle Kongsi Pengalaman 7 Tahun Hidup Bersama Farid Kamil

gempak
Syafiqah Jalal
16/10/2019
05:25 MYT
Sponsor Banner
“Mula- Mula Kahwin Memang Semuanya Indah, Tapi...” - Diana Danielle Kongsi Pengalaman 7 Tahun Hidup Bersama Farid Kamil
Pelakon Diana Danielle bersyukur selama tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor Farid Kamil hidupnya sentiasa bahagia.
Menurut Diana dia rasa sangat menakjubkan apabila perasaan sayangnya terhadap suaminya dizahirkan secara semula jadi.
“People say “mula-mula kahwin memang semuanya indah”, but alhamdulillah 7 tahun being married to you masih banyak yang terasa indah indah belaka.
“Ni bukan ayat pancing, ive never asked for a handbag (lol tak minat) or a holiday trip (i’d love this tho), im just amazed at how i naturally feel about you @faridkamilz,” tulisnya.
Diana berkongsi luahan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto dia dan suami ketika majlis pernikahan mereka.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kebahagian mereka.
Pasangan ini bernikah pada 12 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad dan Nur Aurora
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live