,
Laman Utama

Mula-Mula Kekok, Sekarang Dah ‘Power’, Pekin Ibrahim Kongsi Perkembangan Anak - “Dua Hari Selepas Dilahirkan, Dia Mula…”

Asyikin Mayudin
16/11/2022
07:55 MYT
Dikurniakan cahaya mata selepas hampir empat tahun berkahwin, pelakon Pekin Ibrahim mengakui pada mulanya agak kekok untuk menguruskan anaknya iaitu Petra Pekin itu.
Menurut suami kepada akres Mona Allen itu, dia banyak mempelajari ilmu dan mendapatkan info baharu mengenai penjagaan bayi menerusi laman sosial.
"Mula-mula bergelar bapa memanglah kekok sikit sebab tidak pernah menguruskan bayi. Banyak benda yang perlu saya belajar sejak anak kami dilahirkan.
"Bayangkan dalam bulan pertama anak kami lahir dia jarang menangis, kemudian selepas itu tak berhenti pula. Memang buat saya panik. Tapi sekarang ini banyak info di media sosial, senang nak cari maklumat tentang penjagaan bayi.
"Anak kami agak aktif. Dua hari selepas dilahirkan dia sudah mula tunjuk pergerakan mengangkat leher. Selepas dua bulan dia sudah ada suara seperti mahu bercakap," katanya kepada Gempak.
Pekin dan Mona menimang cahaya mata lelaki bernama Petra Pekin pada 31 Ogos lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Berkongsi mengenai karier seni isterinya, Pekin berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada Mona untuk membuat keputusan kembali ke set penggambaran apabila sudah bersedia nanti.
"Kalau dia ready untuk bekerja saya tidak ada masalah. Kami sudah ambil pembantu rumah untuk bantu uruskan anak dan selepas ini akan mengupah seorang pemandu supaya memudahkan pergerakannya.
"Dia dua ada beritahu mahu buka perniagaan kedai haiwan peliharaan. Saya akan terus sokong," ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Tengah Rehat…”

gempak
05/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Laman Utama

"Jangan Tanya Dah Kenapa Saya Gemuk" - Mona Allen Umum Hamil Anak Kedua

gempak
27/12/2023
02:55 MYT
Dijangka bersalin awal tahun 2024.
Laman Utama

Pekin Tak Malu Ambil Balik Kertas Bahasa Melayu SPM, Kini Bakal Sambung PhD Pula!

gempak
24/11/2023
08:56 MYT
Tahniah Pekin!
Laman Utama

Penonton Puji Lakonan Pekin Ibrahim Dalam Gemencheh Boys

gempak
02/11/2023
11:50 MYT
Memang best Gemencheh Boys
Laman Utama

Bersuara Mengenai Isu Himpunan Malaysia Bersama Palestin, Mona Allen: “Saya Memang Sendu & Tak Gila Glamour”

gempak
27/10/2023
05:50 MYT
Mona tak kejar populariti.