,
Berita

"Mula-Mula Saya Tak Minat..." - Razeeq Danial Jadikan Astro Kem Badminton Sebagai Landasan Serlahkan Bakat

Kamaruddin Razal
03/10/2019
07:52 MYT
Bagi Razeeq Danial Roslie, 12, minatnya dalam sukan badminton bukanlah datang secara semula jadi.
Kata Razeeq, bapanya merupakan individu yang memperkenalkannya dengan sukan itu.
"Saya bermula dari usia tujuh tahun. Bapa saya membawa saya ke gelanggang badminton ketika itu. Bapa saya terlibat dalam sukan hoki dan pernah mewakili negeri Sabah dahulu.
"Bermula dengan ajakan bapa, pada mulanya saya tak berminat dengan sukan badminton. Awalnya, saya rasakan sukar untuk 'masuk' dengan permainan ini.
"Ia mula berubah ketika saya berusia sembilan tahun. Minat itu datang dan saya mula memberikan fokus terhadap badminton.
"Kini, saya mewakili negeri dalam pertandingan badminton. Adik saya juga aktif dalam sukan badminton," kata pelajar SJK (C) Sungai Chua, Kajang itu.
Terlibat dalam program latihan intensif selama seminggu anjuran Astro Kem Badminton pada penghujung Ogos sehingga September lalu, Razeeq menyifatkan ia sebagai peluang baru kerana latihan terbabit turut disertai oleh pelajar Jepun.
Razeeq merupakan antara 30 peserta terpilih dari 60 penyertaan di program latihan intensif ini untuk menyertai latihan luar negara di Jepun pada penghujung tahun ini.
"Sangat gembira dapat berlatih dengan pelajar-pelajar Jepun. Saya banyak belajar, terutamanya disiplin biarpun sukar untuk berkomunikasi dengan mereka.
"Saya mahu mengembangkan bakat saya dalam sukan ini dan pastinya saya akan banyak belajar dengan mereka. Lagipun, saya belum pernah ke Jepun dan itu membuatkan saya sangat teruja," katanya lagi.
Semenjak tahun 2017, Astro Kem Badminton menjalin kolaborasi antara Astro Kasih dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Nippon Badminton Association di Jepun.
Di bawah seliaan jurulatih kebangsaan Jepun, Park Joo-Bong, peserta yang terpilih akan menyertai latihan selama dua minggu di Jepun pada penghujung tahun ini bersama Japan National Junior Team.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bantu 250 Warga PPR, Nadhir Nasar Sambut Baik Inisiatif Astro Kasih Menyantuni Komuniti Yang Memerlukan

gempak
13/04/2022
12:50 MYT
Syabas Astro Kasih!
Laman Utama

Astro Kasih Menyumbang 30 Unit Komputer Riba Kepada Sekolah Di Sabah & Sarawak

gempak
21/05/2021
06:35 MYT
Mensasarkan kawasan pendalaman sekitar Sabah dan Sarawak.
Berita

Usaha Murni! Astro Kasih Sumbang 60 Troli Pendidikan Kepada Pesakit Wad Pediatrik

gempak
14/01/2021
00:59 MYT
Patut dijadikan contoh!
Berita

Astro Kasih Ambil Inisiatif Sumbang Keperluan Asas Kepada 100 Keluarga Kampung Malinsau, Ranau

gempak
13/04/2020
09:03 MYT
Sukan

Alumni Astro Kem Badminton Harumkan Nama Malaysia di German Junior Open

gempak
12/03/2020
07:38 MYT
BorakSeeni