Usahawan terkenal Datuk Seri Vida atau lebih dikenali dengan panggilan DSV baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengacara sensasi Azwan Ali.

DSV mengambil kesempatan membidas Azwan Ali selepas pengacara mulut laser itu meminta beliau memberikan pendapat mengenai Diva AA.

“Mulut dio tu. Bakpo mulut lagu tu? Mulut dia ore kato buleh sumbat dale lokey. Bakpo gutumo? Koho tuo koho jangelah buat perangai (Mulut dia tu, kenapa macam tu? Mulut dia tu orang kata boleh sumbat dalam longkang. Kenapa macam tu sekali? Makin tua janganlah buat perangai),” katanya dalam dialek Kelantan.

Perang mulut di antara DSV dan Diva AA dalam episod ketiga Laser Bertemu Laser selepas ibu kepada Cik B itu tidak mahu memanggil Azwan ‘Diva’.

“Eh tak hinginlah nak panggil Diva! Pasal apa pulak nak kena panggil Diva?,” katanya ketika ditemubual hos program tersebut.

Bagaimanapun sikap profesional kedua-dua mereka telah melenyapkan sengketa yang pernah berlaku sebelum ini, malah DSV secara terbuka menjawab apa jua soalan diajukan Diva AA.

Antaranya, soalan panas kepada DSV yang didakwa ‘menjual’ anaknya Cik B untuk meraih pendapatan dan populariti.

“Dah laku, jual lah! Bukannya anak saya buat benda tak elok..Benda boleh mendatangkan wang jual lah!. Dia ada bakat apa salahnya.

“Daripada dia tidak ada confidence level sampailah dia bangkit, grooming dan berjaya macam sekarang,” jawabnya positif.

Episod menjadi lebih menarik dan panas apabila Diva AA mengungkit kisah saman-menyaman di antara mereka serta kegagalan DSV dalam berumah tangga.

Nak tahu samada DSV memaafkan Diva AA kerana bertindak membakar minyak wanginya dulu…Jangan lupa tonton episod ketiga Laser Bertemu Laser malam ini!

Saksikan ‘Laser Bertemu Laser’ setiap Rabu di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (124), pukul 11 malam.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Laser Bertemu Laser merupakan program bual bicara santai dan spontan 8 episod yang menampilkan selebriti popular tanah air seperti Mas Idayu, Datuk Ramli MS, Datuk Seri Vida dan Michael Ang.

Menariknya kesemua tetamu undangan tersebut pernah dikecam hos (Diva AA) sebelum ini! Berani sungguh Diva AA ambil risiko ya?

Agak-agaknya siapa lagi laser…Diva AA atau tetamu-tetamu jemputannya?

Strim ‘Laser Bertemu Laser’ menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.