Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaafkan tuduhan dibuat oleh adiknya, Ummi Hafilda Ali berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, tidak ada apa yang perlu beliau simpan di dalam hati berhubung tuduhan dibuat itu.

“Saya membaca tuduhan yang dibuat oleh Ummi Hafilda. Sebagai abang, saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati.

“Mungkin beliau tidak mengetahui keadaan sebenar. Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk kita semua. Eid Mubarak,” katanya.

Terdahulu, pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali memuat naik sekeping gambar yang mendakwa ahli keluarga Azmin Ali merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri

Perkara itu sekali gus membangkitkan kemarahan ramai.

Rata-rata mereka kecewa apabila ada yang masih tidak mempedulikan SOP biarpun perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah bermula.

Malah, ada yang lepas geram kerana ramai rakyat ketika ini terpaksa berkorban beraya tanpa keluarga atau kehadiran ibu bapa tersayang.

BACA: Rakyat Mula Bersuara Keluarga Azmin Ali Berkumpul Ketika Raya? Polis Akan Panggil Semua!

Sumber : Sinar Harian