Laman Utama

“Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Tidak Boleh” - Syamsul Yusof

gempak
Shahrin Zulkifle
23/03/2023
00:00 MYT
Sponsor Banner
“Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Tidak Boleh” - Syamsul Yusof

“Ada Insyallah,” demikian kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila ditanya adakah dia mempunyai keinginan untuk berjumpa dengan kedua ibu bapanya kelak.

Menurut Syamsul, 39, dia menyedari ibunya, Datin Patimah Ismail merasa sedih susulan kes pergolakan rumah tangga yang melanda dirinya bersama isteri, Puteri Sarah.

Pun begitu, kata Syamsul dia tidak kisah sekiranya Patimah berpihak kepada Sarah, biarpun belum mengetahui kisah yang sebenar.

“Dia (Patimah Ismail) sebagai ibu saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media.

“It’s okay (ibu saya menyokong Sarah). Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” katanya kepada Gempak.

Syamsul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di sekitar ibu kota pada Rabu.

Melanjutkan bicara, pengarah filem Mat Kilau itu menjelaskan dirinya tidak mampu untuk memenuhi permintaan Patimah sekiranya mahu dia menceraikan isterinya, Sarah.

Menurutnya lagi, dia sudah pun berhubung dengan ibunya.

“Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak payah cakap, semua orang tahu ibu marah saya.

“Saya sebagai anak pun sedih. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, dia tetap ibu saya.

“Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah) sekarang ini, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu.

“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istiqarah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat.

“No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Saya lelaki dan saya ada buat istiqarah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live