Pengacara popular, Nabil Ahmad tidak keberatan untuk menjadi mentor peserta program Ceria Megastar Ministar, El.
Menurut laporan Astro AWANI, Nabil nyata kagum dengan bakat yang dimiliki El atau nama penuhnya, El Farabi Faeez Muhammad Faeez.
Pelawak itu juga merasakan satu kerugian jika bakat anak kecil itu tidak digilap dengan baik.
Mempunyai rupa paras yang hampir sama, Nabil melihat El seakan-akan melihat dirinya ketika kecil.
“Sama-sama ‘cute’. Persamaan paling ketara adalah telinga kami dan satu lagi adalah perangai kami.
“Mungkin masa mengandung, ibunya banyak melihat saya di televisyen. Kadang-kadang saya tengok perangai dia seperti saya. Banyak juga persamaan saya dengan El.
“Kami ialah Nabil-El,” guraunya ketika ditemui di rakaman program Ceria Megastar Ministar pada Ahad.
Ceria Megastar Ministar merupakan rancangan realiti pertandingan nyanyian kanak-kanak yang bersiaran mulai 14 Jun lalu di saluran Astro Ceria 611, Prima 105, Prima HD 121 dan Astro Go pada setiap Jumaat jam 9 malam.
Rancangan itu di dihoskan oleh Nabil bersama dua juri tetap iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Zizan Razak.
Tambah pelawak tersebut, beliau banyak belajar daripada Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil dan ingin menurunkan ilmunya kepada peserta yang terlibat.
“Jangan hilangkan bakat yang ada, jangan tidak gosok.
“Biarpun sudah menggilap bakatnya, jangan lupa tentang pendidikan, jangan berhenti belajar.
“Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam pertandingan ini. Jika kalah, ia bukannya satu pengakhiran. Pentingkan pendidikan, bila ada bakat dan pendidikan, anda akan jadi hebat,” tambahnya.
Sementara itu, El mula berjinak dalam bidang nyanyian sejak berusia empat tahun sambil memberitahu ‘Abang Nabil’ ialah idolanya.
“Abang Nabil ialah idola saya. Saya juga mengidolakan Hael Husaini dan Haqiem Rusli, saya serba boleh dan boleh nyanyi apa-apa lagu sahaja,” kata El.
Sumber: Astro Awani
Rozaimi Zubaidi
Mon Jul 08 2019
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening