Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat seakan-akan meluahkan rasa terkilan terhadap masyarakat yang sering menghukum setiap tindakannya.

Jelas Sajat menerusi posting di Instagram Stories baru-baru ini, mungkin ramai yang suka seandainya dia keluar dari agama yang dipegangnya sekarang.

"Kalau betullah agama Islam benci orang sepertiku, dan aku tak layak berpegang kepada agama Islamku...

"Dan semua orang nak jatuh hukuman terhadapku dengan melandaskan agama yang ku pegang...

"Mungkin mereka lebih suka aku keluar (agama Islam) demi mereka dapat bahala (pahala).

"Sedih dan pilu untuk ku luahkan perkara ini. Ya Allah," tulisnya.



Terdahulu, tindakan Sajat yang terlampau terbuka berkongsi cara hidupnya dengan mengenakan pakaian menjolok mata mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

Malah, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri memberikan kuasa kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menangkap dan mentarbiah golongan transgender.

BACA: "Tak Mahu Tangkap Tapi ..." - Isu Transgender, Menteri Hal Ehwal Agama Bersuara

Terdahulu, nama Sajat menjadi sebutan ramai selepas berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.

BACA: "Bila Kita Di Sini, Kita Semuanya Sama" - Nur Sajat Bersyukur Selesai Tunai Umrah

BACA: “Sepanjang Perjalanan Semua Ikut Garis Panduan, Cuma Sebaliknya Berlaku Di Sana” – Jawapan Agensi Pelancongan Selepas Dikecam Gara-Gara Sajat

BACA: “Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja, Berihram dan Solat Seperti Lelaki Juga” – PU Amin Bersangka Baik

BACA: Sajat Tak Peduli, Nekad Mahu Tunai Umrah Setiap Tahun!