,
Laman Utama

“Mungkin Nabila Terlebih Matang Memahami Tuntutan Allah” – PU Syed

Shahrin Zulkifle
29/08/2022
09:30 MYT
Pendakwah bebas PU Syed tampil memberi respon berhubung pandangan pelakon Nabila Huda yang mengatakan cadangan untuk membatalkan konsert artis antarabangsa di Malaysia sebagai tindakan kurang matang.
Menerusi kemas kini terbaharu di laman TikTok, Syed membidas kenyataan Nabila dan menjelaskan bahawa kematangan seseorang itu sebenarnya terletak kepada kefahaman mereka terhadap Allah S.W.T.
Malah, Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberitahu hidup manusia di dunia ini bukanlah satu lakonan, sebaliknya sebuah ketetapan daripada-Nya.
“Terima kasih kepada Puan Nabila Huda kerana mengatakan saya tidak matang dalam memberikan pandangan isu bantahan kedatangan artis antarabangsa ke Malaysia.
“Pertama saya ingin katakan, kematangan seseorang itu terletak kepada kefahaman mereka tentang perintah dan larangan Allah S.W.T.
“Mungkin Nabila terlebih matang dalam memahami tuntutan Allah sehingga masih lagi gagal dalam menutup aurat kecuali dalam lakonan.
“Hidup kita bukan satu lakonan, malah hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang harus kita laksanakan dan ada larangan Allah yang perlu kita tinggalkan di atas dunia ini,” jelas Syed.
Dalam pada itu, Syed turut menegaskan bahawa dia akan terus menentang perkara tersebut yang dikhuatiri bakal menjadi punca kemaksiatan kepada Tuhan.
Malah, Syed sempat menasihati Nabila untuk bermuhasabahkan dirinya.
“Saya akan pertahankan daripada segala kemungkaran yang akan berlaku dalam Malaysia. Saya tidak mahu hal itu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah.
“Andai Puan Nabila anggap tantangan saya ini sebagai tidak matang, mohon muhasabah diri puan, jangan meludah kelangit, takut terpercik pada muka sendiri,” tambah Syed.
Terdahulu, Syed menyatakan bantahan terhadap konsert artis antarabangsa yang bakal diadakan di Malaysia. Malah menurutnya, acara sedemikian bakal membawa budaya hedonisme kepada rakyat di negara ini.
Sementara itu, Nabila pula menerusi ciapan di Twitter menyatakan lebih banyak hal negara yang perlu diberi keutamaan berbanding isu konsert artis antarabangsa.
BACA: Nabila Huda Tak Setuju Konsert Artis Atarabangsa Dibatalkan, Banyak Benda Yang Perlu Diberi Perhatian Untuk Negara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”

gempak
29/09/2024
07:55 MYT
Siapa pencinta kucing pasti memahami perasaan pelakon terkenal Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan haiwan kesayangannya dalam keadaan sakit dan semakin lemah.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”

gempak
05/07/2024
05:55 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi pengacara untuk sebuah program merupakan sesuatu yang paling susah untuk dilakukan dalam kerjaya seninya.
BorakSeeni