Episod pertama drama The Maid yang ditayangkan pada Rabu lalu telah mendapat respon yang positif dari penonton.

Rata-rata terhibur dengan siri original terbaharu dari Gempak itu dan berkongsi pelbagai reaksi di Twitter.

Antaranya, mereka terkejut apabila mendapati Elissa yang dilakonkan oleh Mira Filzah terbunuh di akhir episod tersebut.

Malah ramai yang terkilan apabila watak Elissa mati di episode pertama.

“Korang masih terkilan Elissa kena bunuh tu ke? Mungkin itu mimpi je kan? Haa mana lah tahu kan,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

“Mira Filzah kena tikam, habis macam tu je (emoji sedih),” kata salah seorang pelayar media sosial tersebut.

“Puas hati bini nombor 4 kena tikam,” komen salah seorang pengguna Twitter yang lain.

The Maid ditayangkan setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Menerusi tinjaun Gempak di Twitter lagi, ramai yang sudah mula jatuh hati pada drama The Maid dan tidak sabar untuk mengikutinya pada episod akan datang.

“Vibe drama The Maid ni best gila,” kata salah seorang pengguna Twitter lain.

Episod 1 The Maid berjudul Madu Beracun telah menyaksikan tiga isteri Mr. Jay iaitu Suhana, Nadia dan Fika telah bengang dengan Elisa selepas namanya sekali lagi terpilih untuk pergi melancong bersama suami mereka. Pada malam mereka patut makan bersama, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.

Jika anda belum menonton espisod pertama, jangan bimbang kerana masih belum terlambat. Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand dan juga www.gempak.com

Selain Mira Filzah, The Maid turut dibintangi pelakon hebat seperti Norman Hakim, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Norman Hakim, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham, dan pelakon baru semakin meningkat naik, Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand dan juga www.gempak.com