Skip to main content

Hiburan

FFM35: Malam Terlarang Dominasi Dengan 12 Pencalonan, Tarung: Unforgiven Antara Calon Top 5 Dengan 10 Pencalonan

FFM35: Malam Terlarang Dominasi Dengan 12 Pencalonan, Tarung: Unforgiven Antara Calon Top 5 Dengan 10 Pencalonan

Sekilas

  • Filem Malam Terlarang mencatat 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-35 termasuk kategori Pelakon Wanita dan Pengarah Harapan.
  • Filem Tarung: Unforgiven turut mendapat 10 pencalonan dengan pelakon-pelakonnya juga tersenarai dalam kategori utama.
  • Majlis pengumuman di Kuala Lumpur turut meraikan penggiat seni veteran dan mengumumkan dana RM1 juta untuk pemenang Filem Terbaik FFM35.
Advertisement

Filem Malam Terlarang terus membuktikan keunggulan apabila tercalon bagi 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Kategori yang dimaksudkan adalah Poster Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Penyunting Terbaik.

Advertisement

Tidak hanya itu, pelakon Malam Terlarang iaitu Aila Azizul, Sofia Jane dan Shasha Abedul masing masing tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Malam Terlarang yang juga merupakan filem terbitan Astro Shaw ini juga turut dicalonkan untuk kategori Pengarah Harapan (Allahyarham Norhanis Muhammad).

Tidak kurang hebat ialah filem Tarung: Unforgiven yang turut tercalon bagi 10 kategori iaitu Tatarias/Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik.

Advertisement

Sementara barisan pelakonnya iaitu Mierul Aiman, Azira Shafinah dan Aedy Ashraf turut tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Senarai nama tersebut diumumkan ketika majlis Malam Perasmian & Pengumuman Top 5 FFM 35 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu. 

Bagi kategori filem terbaik karya yang tercalon ialah Macai, Khadam, Mother Bhumi, Malam Terlarang dan Abah Saya Uncle Mike.

Hadir merasmikan majlis pengumuman itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. 

Sempena penganjuran FFM35, satu program tribute khas juga diadakan sebagai penghargaan buat penggiat seni veteran tanah air. 

Mereka yang diraikan ialah pengarah fan penerbit, Datuk Yusof Haslam, pelakon Norlia Ghani, AR Badul dan Noorkumalasari

Sementara itu turut diumumkan pemberian dana kandungan kreatif berjumlah RM1 juta bagi pemenang Filem Terbaik.   

Malam kemuncak Anugerah FFM35 akan berlangsung pada 21 November 2026 di Istana Budaya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement