Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal, 25, memilih untuk berkongsi rezeki kepada peminat Haqiem Rusly yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket #VirtualConcertHaqiemRusli pada 2 April nanti.

BACA: Adakan Konsert Maya, Wah Haqiem Rusly Bakal Nyanyi Lagu Tok Ti Lah!

Menurut Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman berkata dia memilih untuk belanja kerana merasakan peminat Haqiem tidak patut melepaskan momen berharga.

"Ramai peminat Haqiem Rusli yang tweet tak dapat nak beli tiket. Tak pasti lah sebab mahal ke atau apa.

"Tapi, sebabkan aku rasa korang ini awesome dan patut sertai konsert secara maya Haqiem, direct message (dm) aku.

"Nanti aku belanja tiket tu. Ini pada yang betul-betul tak mampu ya," tulisnya di laman Twitter.



Menerusi ciapan yang berbeza, pelantun lagu Maaf itu sudah memilih dua orang insan yang bertuah.

Malah, pelakon drama Senafas Rindu juga berniat untuk membantu tiga individu lagi.

"Semoga dua orang adik ini seronok masa konsert Haqiem nanti ya. Percaya lah, korang tak salah minat. Aku percaya Haqiem jaga peminat dia elok-elok.

"Macam nak tolong lagi tiga orang. Tapi biarlah yang betul-betul tak mampu. Aku stalk Twitter korang tau. Jangan kencing kaki kencing," tulisnya lagi.