Pengarah drama terkenal, Murali Abdullah dilaporkan mengalami sakit saraf (strok) sehingga tangan kanannya tidak boleh bergerak.

Perkembangan terkini selebriti popular itu dikongsi rakan artis yang lebih dikenali sebagai Lan Muar di Facebooknya semalam yang turut mengatakan dia menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur di Wad 4A.

Perkongsian di status itu bersama sekeping gambar menarik perhatian rakan-rakan artis lain yang bersimpati dan mendoakan Murali agar cepat sembuh.



Khabarnya, Murali dimasukkan ke wad pada 23 November lalu selepas mengalami sakit ketika berada di pawagam TGV, KLCC.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @muraliabdullah73