Astro Original Series, Murder By Moonlight bakal melabuhkan tirai dengan epsiod terakhir yang lebih suspen pada malam ini.

Sara Ali yang membawakan watak Ameera dilihat benar-benar ‘all-out’ untuk menyelsaikan kes pembunuhan Tuan Osman yang akhirnya dia dapat tahu beliau merupakan bapanya sendiri.

Banyak kejadian suspen berlaku sehingga pembunuh akhirnya dapat juga ditangkap polis dan ibu Ameera yang baru tahu mengenai kejadian itu segera mendapatkan Ameera.

Namun dalam episod terakhir ini penyiasatan tidak berakhir di situ kerana Ameera seperti menjumpai sesuatu ketika mengimbas kembali semua bukti dan membaca surat-surat lama yang dihantar ke Tuan Osman.

Apakah petunjuk yang Ameera dapat bagi episod lapan kali ini? Jangan lupa saksikan episod akhir Murder By Moonlight yang ditayangkan jam 9.00 malam ini,di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan PassionPictures.

Menariknya menerusi Murder By Moonlight menyaksikan gandingan bakat hebat barisan pelakon daripada pelbagai latar seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.

Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza.

Mien. Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. Mien.

Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel.

Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.

Lokasi penggambaran Murder By Moonlight telah ditaja oleh Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Manakala, jumlah hari penggambaran adalah selama 44 hari.