Minggu keempat pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia telah berlangsung di Shah Alam Theatre.
Walaupun kita berada dalam norma baharu dan perlu patuh dengan Tatacara Operasi Standard (SOP) namun tetap meriah dengan persembahan sembilan orang peserta.
Minggu keempat menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul.
Manakala, Musang King yang dipakai oleh penyanyi dan pelakon Zain Ruffedge pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Situasi dendangan asal kumpulan Bunkface sekaligus tersingkir pada minggu keempat.
Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu keempat daripada para juri:
#1 Rajah Brooke (Sumpah/Aina Abdul) : 96.00%
#2 Reno (Sedang Ingin Bercinta/Dewa 19) : 91.00%
#3 Ayam Jantan (Farhana/Jinbara) : 89.00%
#4 Enggang (Jampi/Hael Husaini) : 87.00%
#5. Wau (Kesal/Ella) : 87.00%
#6 Rafflesia (Sayang/Via Vallen) : 86.00%
#7 Orang Utan (Joget Angan Tak Sudah/Jay Jay) : 85.00%
#8 Bunga Raya (Perhaps/The Pussycat Dolls) : 80.0%
#9 Musang King (Situasi/Bunkface) : 67.00%
Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.
Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Zulaikha Yusof
Fri Oct 09 2020
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.