Bintang drama rantaian popular Setelah Terlafaznya Akad 2, Musyi Mohtar mendedahkan kerap menerima kiriman mesej langsung menerusi akaun Instagramnya sejak akhir-akhir ini.
Mesej yang diterimanya kebanyakannya memberikan peringatan dan sebagai tempat luahan perasaan penonton yang geram dengan watak Ida dalam drama rantaian terbabit.
"Ada, DM IG sudah tentulah ada. Ramai yang jadikan itu tempat luahan tak puas hati mereka pada watak Ida.
"Ada yang cakap 'ha padan muka hari ni kena cili dengan Nawal!', 'Berhenti terhegeh dengan laki orang!', dan macam-macam lagi.
"Tapi yang paling saya tak boleh lupa masa nak keluar dari kedai makan, ada sorang mak cik pandang lama-lama, dia tenung.
"Saya pun senyum dan nak berlalu pergi, dia tahan. Makcik tu kata 'eh Ida kan??!! Makcik dah agak ni kau. Tolong la berhenti menggatal dengan laki orang eh!!'.
"Saya ingatkan dia bergurau rupanya dia serius. Nasib baik anak dia tenangkan dia bagitahu maknya saya hanya lakonkan watak Ida saja bukan saya yang jahat," ceritanya.
Viral
Musyi Terkejut Kena Serang Wanita Luar Kedai Makan - "Dia Warning Suruh Berhenti Menggatal Dengan Suami ..."