HIBURAN
Muzik EDM Tradisional Cetus Fenomena Baharu, Aisha Retno Teruja - “Genre Ini Sudah Lama Ada Cuma…”
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno meluahkan rasa bangga apabila lagu baharu daripada Mimifly iaitu Angkat berjaya mendapat sambutan daripada peminat muzik tempatan.
Menurut pelantun lagu Samudera itu, genre EDM Tradisional sebenarnya sudah lama ada namun tidak terlalu diraikan pada ketika itu.
Dengan adanya penyanyi seperti Shiha Zikir, Mimifly dan dirinya sendiri genre ini sudah mula mendapat tempat dihati peminat.
“Saya tahu genre EDM Tradisional ini sebenarnya dah lama ada namun tidak terlalu diangkat pada ketika itu.
“Tapi bila ada figura-figura hebat seperti Mimyfly, Shiha Zikir mengangkat kembali genre seperti ini mengapa tidak kita kembangkan lagi kerana saya pasti akan ada yang suka.
“Asalkan kita boleh bawakannya dengan baik mengapa tidak kita raikan genre seperti ini,” katanya.
Lagu berkenaan mengangkat mesej wanita yang 'malas' dengan cinta, Mimi Fly mengambil langkah berani apabila menghasilkan lagu yang sarat dengan budaya Melayu serta Iban.
Karya berkenaan telah berjaya meraih tontonan lebih 1.7 juta selepas kurang dari sebulan dilancarkan di platform YouTube.
Must-Watch Video