Viral
"Muzik Kita Menuju Jahanam!" - MV Nabila Razali Cecah 5 Juta Tontonan, Netizen Masih Anggap Tak Berkualiti
Biarpun meraih tontonan lebih 5 juta dalam tempoh kurang seminggu di YouTube, muzik video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali masih mendapat kritikan pedas dalam kalangan netizen.
Ada yang menganggap jumlah tontonan tinggi itu menjadi kayu ukur akan kualiti sesebuah lagu.5 Million views in less than a week. I still can’t believe this. ? You guy’s are AMAZING! Thank youuu! ??? Keep tag me in your IG story, Twitter, FB & all social media platforms okay! I appreciate each & everyone of you. ♥️♥️♥️ pic.twitter.com/7Ocaf7zjLw— Second Chance ? (@_nabilarazali) August 24, 2020
"Kita berada di zaman views adalah kualiti dan penilaian juri ialah sampah. Sebab tu muzik kita menuju jahanam," tulis salah seorang pengguna di laman sosial Twitter.
Kenyataan itu mendapat pelbagai pandangan daripada pengguna media sosial malah ada yang beranggapan jumlah tontonan di YouTube adalah penilaian visual penonton.
"Tiada yang pelik pun, ia dah berlaku di dunia KPop dah pun. Kadang-kadang sampai hilang views. Tak pelik pun sekarang ni orang tengok views dari kualiti," tulis salah seorang pangguna.
"Sebab tu artis ni perasan hebat dan tak boleh terima kutukan sebab fahaman mereka view tinggi adalah kualiti. Sama juga dengan peminat. Jangan sentuh idola saya sebab view tinggi okey," tambah pengguna lain.
Ada juga yang mengaitkan semula kisah penilaian Ajai kepada bintang Big Stage 2020, Dr. Hafiz Zainal baru-baru ini.
"Pandai pula korang bebel cakap suara tak sedaplah, muka lebih penting dari bakatlah, views kurang kualitilah. Tapi korang juga yang kutuk Ajai hari tu," kata seorang pengguna.
Must-Watch Video