Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan penambahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang bermula malam ini.

Menerusi laman sosial Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) berkongsi berita baik itu untuk tatapan umum.

Menurutnya, paparan baharu itu akan menunjukkan status individu itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR mendaftar masuk di mana-mana premis.

Selain itu, Khairy berkata, satu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera sebagai langkah menjejaki kontak rapat.

Pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi itu tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi, jelasnya lagi.

Di ruangan balas, rata-rata wargamaya menyambut baik penambahbaikan ini dan memuji usaha KJ yang mendengar rayuan ramai yang telah meminta fungsi tersebut sebelum ini.

Oh.. Mysejahtera under KKM ke? Terima kasih dengar luahan hati kami. Terima kasih tuan menteri,” luah seorang wargamaya.

Ini yang kami mahukan, manfaatkan sepenuhnya apps MySejahtera. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia ada apps ni. Biar banyak perubahan dan cepat, sebab ia untuk rakyat. Kami tak kisah asalkan beri manfaat kepada kami. Syabas YB. Menteri dulu baguslah ditukar. Elok pun,” komen seorang wargamaya.

Slow-slow boss, tak sampai seminggu lagi banyak betul perubahan yang boss dah buat, kesian la kat bekas menteri dulu, kerja setahun apa pun tak jadi,” kata seorang wargamaya.

Terima kasih YB, jasa yang amat bermakna, yang baik kami dukung, yang tidak baik kami menentang dan tegur. Harap ada lagi penambahbaikan pada aplikasi MySejahtera. Sepatutnya benda ini ada awal lagi, namun tidak mengapa, biar lambat janji ada,” tulis seorang wargamaya lagi.