Gaya Hidup

"Nabi Pesan Nak Berhibur Jangan Sampai Berdusta" - PU Amin Tegur Isu Prank

gempak
Badrul Hashim
23/07/2020
05:25 MYT
Sponsor Banner
"Nabi Pesan Nak Berhibur Jangan Sampai Berdusta" - PU Amin Tegur Isu Prank
Masih lagi kecoh di media-media sosial membincangkan isu prank yang dilakukan terhadap seorang gadis dengan 'sogokan' RM20,000 untuk meninggalkan teman lelakinya.
Baca: Hilang Duit RM20,000 & Boyfriend, Gadis Ini Kantoi Tak Setia
Warga maya mempunyai pandangan masing-masing tentang hal tersebut. Ada yang menyokong sebagai bukti wanita tersebut tidak setia, malah ada pula yang membangkang dan memandang perbuatan itu adalah suatu perkara yang salah.
Pendakwah Da'i Wan Dazrin juga menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak wajar hanya kerana ingin menguji kesetiaan pasangan masing-masing.
Baca: Eksperimen Uji Setia? Ini Nasihat Da'i Wan
Manakala pendakwah PU Amin pula menganggap budaya prank tersebut dilarang dalam agama Islam, walaupun sekadar menarik orang untuk menontonnya.
"Budaya prank yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka orang adalah dilarang di dalam agama Islam. Walau hanya lakonan dan sekadar menarik orang tengok ia tetap ditegah.
"Jangan mainkan perasaan orang lain. Nabi pesan nak berhibur jangan sampai berdusta. Semoga Allah jaga kita," kata PU Amin pada entri yang dimuat naik di Instagramnya.
Menurut PU Amin, prank yang ada unsur penipuan dan lakonan yang membawa pergaduhan dan pertelingkahan sehingga boleh memutuskan silaturrahim adalah sangat dilarang dalam Islam.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا..
Nabi Muhammad Saw bersabda, permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan mendukacitakan.
"Jaga-jaga dalam berhibur atau menghasilkan content di media sosial kita. Menakutkan orang dengan sesuatu yang direka-reka adalah bencana yang sangat negatif. Pelihara diri kita semua dengan meninggalkan sesuatu yang tidak manfaat bagi kita.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا.. . Nabi Muhammad Saw bersabda, permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan mendukacitakan.. . Prank yang ada unsur penipuan dan lakonan yang membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan hingga boleh terputusnya silaturrahim adalah sangat dilarang oleh agama kita. Jaga jaga dalam berhibur atau menghasilkan content di media sosial kita. Menakutkan orang dengan sesuatu yang direka reka adalah bencana yang sangat negatif. Pelihara diri kita semua dengan meninggalkan sesuatu yang tidak manfaat bagi kita.. . Ini pesan Rasulullah. Kalau nak jadi ummat yang terbaik jangan lah kita lakukan lagi. Berhentilah, memang kita kata itu kejutan tapi ia tetap dilarang dan bukan hiburan yang dibenarkan. Inshaallah semoga kita dapat fahami bersama. Saya hanya menyampaikan , terpulang pada semua untuk menerima dan menilai nya. ❤️ Salam Zulhijjah.
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
"Ini pesan Rasulullah. Kalau nak jadi ummat yang terbaik janganlah kita lakukan lagi. Berhentilah, memang kita kata itu kejutan tapi ia tetap dilarang dan bukan hiburan yang dibenarkan. Inshaallah semoga kita dapat fahami bersama," kata PU Amin lagi.
Tambah PU Amin, dia hanya menyampaikan dan terpulang kepada semua yang membaca untuk menerima dan menilainya sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024