Program kegemaran ramai, MeleTop sekali lagi menampilkan selebriti versatil, Elly Mazlein yang bergandingan dengan Nabil Ahmad Selasa lalu.

Seperti biasa, gandingan dua hos yang turut mengendalikan Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) itu menghiburkan penonton.

Elly berkongsi foto bersama Nabil keesokan hari selepas mengacarakan program tersebut di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Elly memberitahu Nabil banyak berkongsi hal berkaitan agama dengannya.

"Bersama Haji Nabil malam tadi dik.

"Bersama dia banyak kongsi hal dunia yang sementara dan akhirat, terima kasih Haji Nabil," tulisnya sebagai kapsyen.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)


Menerusi laporan Gempak pada 7 Mac 2021, Nabil berkongsi pengalaman terlibat dalam aktiviti dakwah bersama rakan-rakannya.

Perkara itu dikongsi menerusi sesi siaran langsung bersama Prof Muhaya, KK Talib dan turut disertai isteri Nabil, Zira Ayub.

Perubahan positif Nabil juga turut disedari oleh penonton MLS2 yang menyedari hos terkenal itu kerap menyebut perkataan 'Masya-Allah' dan menyimpan janggut panjang.

BACA : Kerap Sebut Masya-Allah & Simpan Janggut Panjang, Penonton MLS 2 Perhati Perubahan Nabil Ahmad! Rupa-Rupanya...