Penyanyi Ayda Jebat tampil menjawab dakwaan netizen yang menuduh dirinya menunggu tiket percuma untuk menghadiri konsert kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK baru-baru ini.

Bagaimanapun Ayda menerusi ruangan Insta Story miliknya menjelaskan suaminya, Nabil Mahir telah membeli tiket konsert itu bersempena hadiah hari lahirnya.

Namun Ayda pada saat akhir menerima tiket percuma daripada aplikasi e-Wallet, Boost untuk bahagian VIP.

“Yang kata Ayda Jebat tunggu tiket percuma baru pergi! Boo! Aduh suami kita belikan dah lama wak. Berusaha Nabil beli duduk depan pc macam korang.

“VIP dah habis, dapat CAT 1 pun dah gembira. Hadiah hari lahir saya. Tetapi beberapa hari sebelum, @MYBOOSTAPP bagi hadiah kepada saya di bahagian kerusi VIP.

“Sebab… Okay ini nanti akan diumumkan. Rezeki saya. Alhamdulillah. Daripada iri hati cari salah orang, baik perbaiki diri sendiri,”
jelasnya.


Selain Ayda, ramai lagi selebriti yang tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert tersebut antaranya Mira Filzah, Puteri Aishah, Azira Shafinaz dan Mimi Lana.

Konsert Blackpink yang berlangsung pada Sabtu lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil mengumpulkan lebih 60,000 peminat.

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)