Berita

Nabil Mahir Nak Gunting Rambut Ikut Gaya Ayda Jebat?

gempak
ZULHILMI JALIL
27/11/2019
11:25 MYT
Sponsor Banner
Nabil Mahir Nak Gunting Rambut Ikut Gaya Ayda Jebat?
Pengacara Nabil Mahir berkongsi sekeping foto di Instagram yang memaparkan dirinya dengan imej potongan rambut persis seperti penampilan baru pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat.
Menurut Nabil, 31, potongan rambut ala 'pixie cut' yang digayakan Ayda itu pernah dibuatnya beberapa tahun sudah.
Katanya, dia mungkin boleh mempertimbangkan untuk kembali dengan imej lama sedemikian agar sepadan dengan pelantun lagu Temberang itu.
"Mungkin bole buat rambut ni balik, jadi boleh sepadan dengan @aydajebat," tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Nabil itu kemudian turut mendapat respons daripada Ayda Jebat.
"Mungkin me kena pakai subang dan rantai berantai tu baru sepadan kot," usiknya.
Entri tersebut turut menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Ramai bersetuju yang mengatakan mereka berdua sama iras jika menggayakan rambut sedemikian.
"Seiras biasanya jodoh..Amin.
"Ni mesti masa Ayda Jebat nk gunting rambut dia tunjuk gambar ni kat barber tu kan?," komen netizen.
Sebelum ini, Nabil dan Ayda pernah dikaitkan dengan dakwaan bahawa mereka gosip menjalin hubungan cinta.
BACA:"Perangai Kami Sama, Gila-Gila.." - Hanya Kawan, Nabil Mahir Akui Sedang Mengenali Ayda Jebat
Terdahulu, Ayda membuat kemunculan dengan imej baharu demi menjayakan wataknya dalam drama Bukan Gadis Biasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live