Pelakon Nabila Huda sekali lagi tampil menjelaskan konsep program The Masked Singer Malaysia selepas setiap minggu dilontarkan dengan komen-komen negatif dalam kalangan warganet.

BACA: "Tak Faham Kenapa Terlampau Obses?" - Nabila Huda Kesal Program The Masked Singer Malaysia Kena Banding Dengan ...

Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, 36, menyatakan juri tetap dikehendaki untuk memberi tiga jawapan yang berbeza ketika proses rakaman berlangsung.

Tegas Abil, The Masked Singer Malaysia adalah sebuah program hiburan bukan pertandingan nyanyian.

"Guys,why so serious? Relax la..Korang stress tak dapat teka pastu nak emosi dengan juri..

"#TheMaskedSingerMalaysia ni bukan game show lah yang korang nak emo juri teka salah tu kenapa? Aduh..Dari episod pertama, kita tak boleh teka orang yang sama kalau juri lain dah sebut.

"Apa-apa pun jawapan dari juri tu jangan la emosi. Kitaorang semua tau lah, apa jawapan dia.

"Kalau semua juri kau nak positif, bijak, nak baik je, korang tak bosan ke takda warna kat meja juri tu?

"Cuma enjoy ja dengan program ni tak habis-habis asyik nak merungut ja!

"Kalau semua sebut betul ja dari episod satu, takda colour la program ni. Sama ja macam program kat televisyen yang lain.

"Ni bukan rancangan pertandingan. Ini adalah program hiburan! Keluar pun kat Astro Warna. Kenapa begitu serius ek?" tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi beberapa buah entri di laman Twitter miliknya, awal pagi tadi.

Tambah anak kepada penyanyi lagend, Amy Search, sembilan orang juri yang digabungkan bersama adalah dari cabang yang berbeza supaya dapat memeriahkan program.

Justeru, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi memohon agar semua penonton berhenti merungut dan menghentam program tersebut.

"Dan kalau korang nak tau ada sebab kenapa dia panggil 9 juri. Korang tak nampak ke perwatakan, sikap semua berbeza dan pencapaian masing-masing dalam industri pun lain-lain.

"Dorang gabung dari different line bergabung satu meja. Jadi power la Astro boleh fikir macam tu.

"Tak perlu la nak rasa kesal atau benci dengan setiap dari kita. Kami di sini untuk menghiburkan anda.

"Korang fikir Kak Raja tu bodoh ke? Kau gila ke apa. Dia orang lama kot. Dia makan garam dulu dari kite semua. Kalau kiri kanan nampak bijak, mesti kena tengah lain. Nak bagi seimbang.

"Kita ada pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan pengacara satu meja. Mana nak dapat? Ingat senang nak kumpul semua ni..We’re in different line. Nak jumpa pun tidak langsung!

"Oleh itu, hargai la dari membenci atau cari salah kami sama seperti kami menghargai masa bersama.

Berhenti la asyik nak merungut nak annoyed. Semua benda nak sempurna. Bagi hiburan kat tv pun nak merungut.

"Suruh duduk rumah pun nak merungut. Kang program ulang-ulang kat tv pun korang merungut.
Semua benda tak puas hati. Nak jadi perfectionist tapi diri sendiri terumbang-ambing," tulisnya lagi.Abil bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Remy Ishak, Ella Aminuddin, Zizan Razak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.

Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

BACA: The Masked Singer Malaysia: Reno Terkeluar, Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Penuh Minggu Suku Akhir!