Laman Utama

Nabila Razali Dapat '2x Platinum Award', Raih Lebih RM400,000 Di Platfom Penstriman & YouTube Menerusi Peluang Kedua!

gempak
Fiza Kamarudin
23/10/2021
08:40 MYT
Sponsor Banner
Nabila Razali Dapat '2x Platinum Award', Raih Lebih RM400,000 Di Platfom Penstriman & YouTube Menerusi Peluang Kedua!
Penyanyi Nabila Razali bersyukur dan terharu apabila dianugerahkan '2x Platinum Award' dan mengutip hasil melebihi RM400,000 di semua platfom penstriman dan Youtube menerusi lagu Peluang Kedua.
Meskipun lagu tersebut belum dua tahun dilancarkan, namun kata Nabila atau lebih mesra disapa Bella menganggap ia sebuah kejayaan manis hasil penah lelahnya selama ini.
“Syukur Alhamdulillah, ini adalah pencapaian terbaik dalam karier saya. Segala penat lelah dalam mempromosikan lagu ini tercapai.
“Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini. Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan.
“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya.
Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih 2x Platinum Award kerana memenuhi kriteria berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000.
Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000.
Dalam pada itu, Nabila berkata, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu sendiri merupakan produk yang bagus dan berkualiti.
Sebagai artis, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.
“Bagi Bella, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut.
“Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024