Berita

Nabila Razali Pernah Dua Kali Dikecewakan Lelaki

gempak
ZULHILMI JALIL
09/04/2020
08:17 MYT
Sponsor Banner
Nabila Razali Pernah Dua Kali Dikecewakan Lelaki
Pelakon dan penyanyi Nabila Razali mendedahkan bahawa dirinya pernah dikecewakan sebanyak dua kali dalam percintaan apabila hubungan tersebut tidak mampu bertahan.
Bahkan, kata kata Nabila, 28, buat masa sekarang dia masih belum ada pengganti lain.
"Saya tiada sesiapa (teman istimewa). Dikecewakan dua kali kot. Seorang dah berumah tangga, seorang lagi tu saya tak pasti sebab tak ada berhubungan lagi lepas putus.
"Lama dah tu. Apabila dah dua kali (putus cinta), sekarang ni rasanya kalau ada, bukan untuk 'fooling around'. Kalau ada, serius terus," katanya kepada Gempak.
Menurut pelantun lagu Pematah Hati itu, buat masa sekarang dia mahu memberikan fokus kepada kerjaya nyanyian dan lakonannya terlebih dulu,
"Apabila kita pernah berduka, saya percaya hal itu buat kita jadi lebih matang dan lebih faham ragam orang. Cuma, buat masa ini, saya memang fokus pada kerja.
"Tapi kalau ada jodoh, saya tak tolak. Saya cuba untuk seimbangkan antara keluarga, kerjaya dan cinta. Nak fokus dua benda (lakonan dan nyanyian) pun dah pening, ini kan pula nak jaga hati orang," selorohnya.
Dalam perkembangan lain, kata Nabila dia bakal muncul dengan single terbaharu dalam masa terdekat.
"Akan ada kejutan nanti, tapi saya tak boleh cerita sekarang. Judul lagu pun nanti kena tunggu," katanya yang memberitahu lagi tersebut dicipta oleh komposer Hael Husaini.
Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Nabila Razali di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live