Laman Utama
Nad Zainal Banyak Perancangan Tahun 2023, Doa Terus Sihat & Kuat! - "Sekarang Nak Luangkan Masa Dengan ..."
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk ke tahun baharu, pelakon Nad Zainal berharap dia akan diberikan kesihatan yang baik dan perancangan 2023 dapat dilaksanakan.
Mahu memberi tumpuan lebih kepada keluarga, namun Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata dia akan mula bekerja dalam dunia seni pada Mac depan.
“Saya berharap diberikan kesihatan yang baik… saya ada banyak perancangan nak dibuat untuk tahun 2023. Bukan sekadar berlakon sahaja.
“Jadi, saya harapkan segala perancangan itu dipermudah dan saya berharap selepas ini saya dapat beri lebih tumpuan kepada keluarga saya.
“Insya-Allah jika tiada arah melintang dan kesihatan pun dalam keadaan baik, mungkin dah boleh mula kerja pada bulan Mac,” kata Nad ketika dihubungi Gempak.
Selepas sebulan menerima rawatan di hospital, Nad memberitahu dia mahu mengambil peluang berehat dengan meluangkan masa bersama keluarga.
“Memang saya nak ambil peluang yang ada ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak… yela, takut selepas ini saya akan kembali sibuk.
“Jadi, waktu berehat ini la sesuai untuk saya luangkan masa dengan keluarga,” ujarnya.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video