,
Laman Utama

Nadia Brian Rimas Asyik Keluar Cerita Fasal Penampilan Seksi - “Susah Payah Aku Berlakon, Kerja Sampai Waktu…”

Asyikin Mayudin
27/12/2022
02:50 MYT
Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa terkilan apabila penampilannya yang seksi sentiasa menjadi bahan berita dan bualan hangat berbanding karier seninya.
Nadia menerusi laman Instagram miliknya mengatakan dia bersusah payah berlakon sehingga tidak cukup tidur namun kerja kerasnya seperti tidak diendahkan.
“Tak habis-habis nak letak headline ‘Nadia Brian seksi’ untuk bagi orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk news?
“Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup tak ada pula nak buat news. What a shame,” tegas Nadia.
Bagaimanapun, Nadia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang masih menyokong serta mengambil berat terhadap dirinya.
“Eh love pula kalau dapat karekter macam ni kan? Terima kasih sangat kepada semua yang sentiasa menyokong dan ambil berat tentang saya.
“Doa yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah. Lots of love,” katanya lagi.
Sebelum ini, pakaian Nadia yang mendedahkan bahagian dada, pinggang serta belakang badan ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran dan Mei yang berlangsung baru-baru ini mengundang kecaman netizen.
Untuk info, Nadia kini sedang menjalani penggambaran telefilem arahan pengarah Pessha Mohamed berjudul Gengjin yang akan ditayangkan di saluran Astro First.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nadia Brian Tak Serik Nak Kahwin Lagi - "Saya Tak Takut... Saya Pun..."

gempak
16/10/2024
08:00 MYT
Tiada istilah serik dalam kamus hidup pelakon Nadia Brian jika dirinya ditakdirkan berjodohan sekali lagi.
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Hiburan

Nadia Brian Sebak Dengar Penjelasan Ustaz Izhar Nazri Mengenai Kemaafan - “Allah Minta Kita Untuk Memaafkan Tapi…”

gempak
19/03/2024
04:55 MYT
Menitis air mata Nadia dengar penjelasan ustaz.
Laman Utama

Hadir Perhimpunan Solidariti, Ramai Suka Tengok Nadia Brian Bertudung Labuh - “Cantiknya Pakai Macam Ni, Semoga Berterusan”

gempak
29/10/2023
11:55 MYT
Cantiknya Nadia.
Laman Utama

“Saya Tak Mahu Jadi Penyondol Atau Disondol” - Nadia Brian

gempak
25/10/2023
08:55 MYT
Nadia masih mencari calon pasangannya.
Unitar