Pelakon Nafiz Muaz, 22, selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihan hatinya, Diyana Omar, 29, kira-kira jam 11.33 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad di sebuah hotel, di sini.
Jejaka kelahiran Sungai Petani, Kedah yang digilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016, menyerahkan wang hantaran RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan lima dulang berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.
Nafiz berkata, mereka pada mulanya merancang bernikah, Ogos lalu.
"Namun, disebabkan situasi semasa pandemik COVID-19 dan beberapa kekangan lain, kami tunda kepada bulan lalu.
"Akhirnya, saya dan isteri memilih hari ini. Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian melanda dunia sekarang," katanya yang menggayakan persalinan rekaan Calvin Thoo.
Mengulas mengenai isterinya, Nafiz berkata dia amat selesa bersama dengan Diyana.
"Apa yang lebih penting, dia fahami saya. Kami terbuka dalam banyak perkara.
"Insya-Allah, kami akan layari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah SWT mempermudahkan rencana hidup baharu kami ini," katanya.
Nafiz atau nama penuh, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir memberitahu, majlis resepsi akan diadakan pada 21 Januari depan. Ini disusuli majlis bertandang di Sungai Petani, Kedah, bulan depan.
Mengenai bulan madu, mereka belum merancang kerana Nafiz akan memulakan penggambaran sebuah drama, Rabu ini.
Untuk Info: Nafiz telah menundakan perkahwinannya sebelum ini akibat penularan COVID-19.
Sumber / Foto: BH Online
Mya Amri
Sat Jan 02 2021


RM18.1 Bilion Telah Dikeluarkan, Hampir 30 Peratus Ahli KWSP Hanya Tinggal RM100 Dalam Bank
5.16 juta ahli telah keluarkan duit melalui skim i Sinar

#PMTepiKakGee: Ibuku 'Bersuami' Dua
semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik

Setelah Cubaan Pertama Gagal, Taecyeon Komen Comeback 2PM Tahun Ini
Please, please lah jadi tahun ni. Lama dah tunggu 2PM, sobs!

“Korang Akan Dapat Adik!” Issey Siap Tunjuk Stroller, Tapi Reaksi Krik Krik Anak-Anak Untuk Faham Memang Lawak
Krik krik tu yang paling lawak. Lucu la anak-anak Issey ni.

Side Kick Stephen Chow, Aktor Legenda Hong Kong, Ng Man Tat Meninggal Dunia
Ng cukup terkenal dengan aksi komedinya dalam Shaolin Soccer

“Takkan Saya Tak Dak Akai” – Mila Jirin Jawab Tuduhan Makan Tangan Kiri, Peminat Back Up: “Itukan Teknik Camera!”
Masih ada lagi yang suka tuduh-tuduh tanpa tahu sebab sebenar? Haish.

COVID-19: 2,364 Kes Positif Baharu, Selangor Masih Tertinggi
Jaga diri, jaga SOP, stay safe.

“Comel, Nampak Budak-Budak” - Licinnya Wajah Macam Kulit Telur! Hannah Delisha Makin Cantik Lepas Kahwin
Halusnya kulit Hannah Delisha ni, cantik terukkkkk!

#OhAbeNik: Flower Power! Girls... Ini Pokok Bunga Paling Mudah Tanam Dalam Rumah & Senang Jaga
Gegadis semua mari sini...

Vaksin Sinovac Tiba, KJ Sedia Jadi Penerima Pertama Suntikan Sinovac atau Spuntnik V
vaksin Sinovac perdana kali tiba hari ini